ETIKA DALAM PENGGUNAAN ICT
Kuliah ke 3 membincangkan peraturan-peraturan makmal ICT yang perlu dipatuhi oleh pengguna apabila menggunakan makmal ICT di sekolah dan juga di institusi pendidikan. Kita turut membincangkan mengenai etika penggunaan ICT bagi mengelakkan pengguna melakukan perkara-perkara negatif atau yang tidak sepatutnya dilakukan menerusi kemudahan teknologi yang tersedia. Lima perkara yang disentuh dalam perbincangan ialah;
- Hak Cipta Terpelihara
- Ketaksamaan Dalam Teknologi
- Keselamatan
- Kerahsiaan
- Kawalan Kendiri, etika
Pelajar boleh membaca dengan lebih lanjut pada Bab 10 Buku Integrating Educational Technology Into Teaching.
Selanjutnya menerusi Majalah PC April 2010 yang memfokuskan perbincangan Rangkaian Sosial Maya, berikut ialah etika bagi pengguna rangkaian sosial;
- Semuanya awam - pastikan anda tidak masukkan segalanya di dalam laman web sosial anda kerana apa yang paparkan akan menjadi terbuka kepada awam. Ketahuilah setelah anda memasukkan ke dalam web, anda pasti tidak dapat mengawalnya.
- Segalanya dimeterai - jika anda menggunakan rangkaian sosial walaupun anda cuba menjadi orang yang tiada nama (anonymous) anda pasti akan dapat dikesan kerana jejak anda di dalam internet pasti akan meninggalkan kesan seperti tapak kaki di dalam pasir. Anda juga secara tidak langsung terikat dengan sebarang perjanjian pengguna yang anda setuju semasa pendaftaran.
- Tidak semuanya jujur atau benar - anda hendaklah tahu yang bukan semua di dalam internet itu benar dan betul. Mungkin orang itu menggunakan gambar orang lain untuk Facebooknya dan juga maklumat yang dipaparkan juga palsu. Ingat, segalanya mungkin di internet.
- Tapis diri anda sendiri - pastikan apa yang anda taip dalam laman web itu tidak mengganggu-gugat orang lain. Jangan tabur fitnah atau jangan lepaskan geram anda secara langsung terus kepada seseorang. Berkiaslah jika perlu.
- Tidak semua perlu tahu - anda tidak perlu memasukkan segalanya di dalam web. Pastikan maklumat berkenaan sesuai atau tidak untuk umum. Jika ia merupakan maklumat dalaman anda, tidaklah perlu dikeluarkan atau elakkan maklumat sensitif dan rahsia.
- Asingkan - jika anda ada rakan yang ramai, anda boleh buka sebuah laman web peribadi dan asingkan segala kandungannya berbanding dengan laman web kerja anda. Jangan masukkan bahan-bahan kerja anda dalam web peribadi anda.
Kemudian, kuliah kita telah membincangkan mengenai perkakasan ICT dan fungsinya. Saya mencadangkan pelajar supaya membuat rujukan lanjut kepada laman web yang dicadangkan dalam post saya yang pertama iaitu http://www.howstuffworks.com/
No comments:
Post a Comment